Ciri Sistem

Bertindak Sekarang!
Ciri-Ciri Sistem

Sankyu System-- Sistem Pengurusan Kedai Emas Sehenti Untuk Perniagaan Emas Dan Kedai Emas Perhiasan

Sankyu System ialah sistem perisian pengurusan kedai emas yang dibina khusus untuk perniagaan emas dan barang kemas perhiasan. Sistem ini menggabungkan fungsi, kebolehgunaan dan fleksibiliti untuk mengendalikan proses pertukangan emas, peruncitan dan borong emas dengan lancar.

Sankyu System mempunyai paparan antara muka yang tersusun dan mesra pengguna. Sistem kami menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama dan penggunaan kosa kata di dalam Sankyu System adalah yang mudah difahami. 

Dalam era moden dan berteknologi tinggi ini, aktiviti jual beli emas juga adalah antara yang tidak ketinggalan untuk dijadikan aktiviti perdagangan secara atas talian. Kami juga menawarkan penyelesaian ini dimana maklumat yang simpan di dalam sistem inventori Sankyu System adalah selaras dengan perdagangan  yang berlangsung secara luar talian atau atas talian. 

Pasukan sokongan kami adalah yang paling baik dan cekap dalam membantu menyelesaikan masalah dihadapi pengguna kami. setiap kali anda memerlukan latihan atau bantuan teknikal, mereka melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya tepat pada masanya.

MODUL SANKYU SYSTEM

1 Pengurusan inventori

Mengawal stok atau inventori berdasarkan kuantiti, nilai dan berat. Mencipta kodbar untuk stok berdasarkan maklumat kategori dan lain-lain yang ditambah ketika daftar stok

2 Kewangan

Menyediakan semua laporan kewangan seperti General Ledger, Akaun Untung & Rugi, Kunci Kira-kira, Penyata Akaun (SOA) dan Penyata Aliran Tunai. Tiada lagi keperluan menggunakan pengurusan fail dan penggunaan kertas yang banyak kerana semua data boleh di akses di dalam Sankyu System

3 Admin dan sumber manusia

Memantau pengurusan pejabat seperti petty cash/cash float, aset tetap. Membuat kira gaji staff pada setiap hujung bulan berdasarkan pengiraan komisen yang ditetapkan

4 Jualan

Aktiviti jualan item, aksesori, gold bar mampu dijalankan sepantas satu minit dengan hanya satu sistem POS berpusat berdasarkan pengurusan inventori yang sempurna yang telah dibuat. Invois jualan akan dijana dan data pembeli akan ditambah kedalam simpanan cloud kedai di dalam Sankyu System

5 Belian

Pelanggan baru atau pelanggan tetap boleh membuat trade in/buyback barang kemas. Payment Voucher belian emas terpakai daripada pelanggan akan dijana. Staff boleh terus membuat proses lebur kepada pembekal dan simpan maklumat lebur serta buat pembayaran kepada kilang di dalam Sankyu System

Apa Yang Terdapat Di Dalam Pakej

Perisian

Sistem Pengurusan Kedai Emas (Sankyu System) yang lengkap dengan lebih 50 menu yang penting dan wajar digunakan untuk perniagaan emas.

Komputer / Laptop

Sankyu System akan dipasangkan ke dalam komputer anda dan anda boleh miliki kesemua nya dengan kaedah sewa beli. 

Pencetak Barkod

Perkakasan yang penting bagi mencetak pelekat penanda maklumat barang kemas yang telah di daftar masuk ke dalam Sankyu System. Pencetak yang kami sertakan di dalam pakej adalah yang berteknologi tinggi. 

Pengimbas Barkod

Jualan barang kemas boleh dibuat sepantas satu minit melalui imbasan barkod pada penanda ke menu Jualan di dalam Sankyu System. 

MyKad Reader

Untuk pendaftaran pelanggan pertama kali ke kedai anda, pelanggan hanya perlu benarkan kad pengenalan di baca dan seterusnya maklumat akan dimuat naik ke dalam sistem. Pelanggan tidak perlu lagi berbuat demikian pada kunjungan yang seterusnya kerana maklumat telah disimpan rapi di dalam Sankyu System. 

Pelekat Barkod Dan Dakwat Pencetak

Bak kata pepatah, bagai aur dengan tebing, saling perlu memerlukan begitu juga dengan pelekat barkod dan dakwat pencetak bersama pencetak. Anda akan disertakan sekali dengan perkakas ini bagi tujuan mencetak penanda barang kemas anda. 

Ada Pertanyaan Berkenaan Sankyu System?